Nama Anak Melayu Klasik Lama
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4RKhqcsEKDMdXFOZkPzzyrTey8zWIsUs5tBfbd4j-it4TE_zzgpCHhi7O4scKIpbXYV-ce24N5WeYHYEwfT7GhP_hulboWam9HN6W486OksPtMkSNNx3IfQGwmpPydyFBYTkGdANEXwju/s0/lagenda-mahsuri2.jpeg)
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu, orang Melayu hidup saling bergantung terhadap alam. Sehinggakan unsur-unsur alam juga menjadi inspirasi kepada nama masyarakat melayu terdahulu. Gambar Mahsuri (Sumber: Google) Namun pada hari ini, ibu bapa lebih cenderung memilih nama yang lebih moden, serta berunsurkan nama Barat sehinggakan nama-nama klasik Melayu dahulu terus dilupakan. Biasanya, orang berjiwa seni/sastera sahaja yang akan meminati nama-nama klasik dahulu untuk dipilih menjadi nama anak. Di Indonesia, nama-nama mereka masih penuh seni sastera sebagai contoh; Bunga Citra Lestari yang bermaksud Bunga Citra (Keperibadian) Lestari (Kekal). Seolah-olah sifat bunga cantik itu menjadi keperibadiannya yang kekal selamanya. Indah kan? Disini saya senaraikan nama-nama klasik kuno yang boleh menjadi inspirasi anda. Anak perempuan Unsur alam yang biasa menjadi nama orang Melayu dulu ialah nama bunga-bunga seperti: 1. Bunga 2. Melur 3. Cempaka 4. Anggerik 5. Kenang