Nama Anak Melayu Klasik Lama
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu, orang Melayu hidup saling bergantung terhadap alam. Sehinggakan unsur-unsur alam juga menjadi inspirasi kepada nama masyarakat melayu terdahulu.
Namun pada hari ini, ibu bapa lebih cenderung memilih nama yang lebih moden, serta berunsurkan nama Barat sehinggakan nama-nama klasik Melayu dahulu terus dilupakan.
Biasanya, orang berjiwa seni/sastera sahaja yang akan meminati nama-nama klasik dahulu untuk dipilih menjadi nama anak. Di Indonesia, nama-nama mereka masih penuh seni sastera sebagai contoh; Bunga Citra Lestari yang bermaksud Bunga Citra (Keperibadian) Lestari (Kekal). Seolah-olah sifat bunga cantik itu menjadi keperibadiannya yang kekal selamanya. Indah kan?
Disini saya senaraikan nama-nama klasik kuno yang boleh menjadi inspirasi anda.
Anak perempuan
Unsur alam yang biasa menjadi nama orang Melayu dulu ialah nama bunga-bunga seperti:
1. Bunga
2. Melur
3. Cempaka
4. Anggerik
5. Kenanga
6. Mawar
7. Melati
Ada juga nama buah/pokok seperti:
1. Delima
2. Zaitun
3. Ara
4. Widuri (Sejenis tumbuhan nama saintifik: Calotropis gigantea)
5. Cendana (Sejenis pokok keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum)
Nama berunsurkan tumbuhan yang cantik didengar namun jarang digunakan sebagai nama
1. Kantan
2. Halia
3. Manggis
4. Kesum
5. Akasia
6. Cengkih
Kalau anda berani, cubalah! Hehe.
Selain tumbuhan, unsur alam yang lain turut digunakan seperti
1. Embun
2. Suria (Matahari)
3. Bulan
4. Permata
5. Mutiara
6. Intan
7. Kartika (Bintang)
8. Ratna (Permata cantik)
Selain ama alam, bahasa yang membawa maksud baik juga dipilih sebagai nama anak:
1. Cantik/Chantiq
2. Anggun
3. Cinta/Chenta/Chinta
4. Kasih/Qaseh
5. Ayu
6. Indah
7. Kirana (Cantik)
8. Juwita (Cantik)
9. Seri
10. Dinda (nama panggilan manja buat perempuan)
11. Dayang (Gelaran perempuan)
12. Dewi
13. Srikandi (pahlawan wanita)
14. Putih/Puteh
15. Manja
16. Wangi
17. Ratu
18. Warna
19. Asmara (Cinta)
20. Jelita
Anak Lelaki
1. Arjuna (lelaki)
2. Jebat
3. Tuah
4. Andika (Pangkat tinggi)
5. Bayu
6. Budi
7. Purnama (Bulan)
8. Setiawan
9. Panji (Tentera)
10. Armada (Tentera)
11. Kacak
12. Wira
13. Adiwarna (amat bagus/indah)
14. Pekan
15. Sulong/Long
16. Awang
17. Mat
Semoga Melayu tak hilang ditelan kemodenan.
sumber bunga klasik
Nama Nama Anak Melayu Klasik Lama adalah nama yang baik bersamaan maksud yang dinyatakan di atas. Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya.
Barangan bayi yang mungkin anda terlupa untuk persediaan kelahiran bayi anda:
- Bantal Sulam Nama Bantal : Cipta Keunikan dan kenangan dengan bantal sulam nama bayi pilihan anda
- Pelampung Untuk Bayi: Terdapat Pelampung khas untuk bayi newborn untuk riadah air
- Sarung Bantal Bayi: Sarung Bantal tempahan khas dengan kain lembut pilihan anda
- Breast Pump: Persediaan terpenting jika anda berkemungkinan mempunyai masalah untuk memberi susu secara terus
- Pemotong Kuku Bayi: Penjagaan Kebersihan untuk bayi yang sering dilupakan
- Thermometer Bayi: Teman rapat para ibu yang menjaga anak ketika demam untuk memantau suhu bayi anda
Comments
Post a Comment